ANAK ABAH

ANAK ABAH
HYPOTONIA, RETT SYNDROME, SAWAN

Tuesday, November 10, 2020

AISYAH SUDAH DEWASA

Lama juga tidak menitipkan kata-kata di blog Aisyah ini. 27 November 2020 ni, Aisyah menjangkau usia 19 tahun. 

Namun masih keanak-anakan.


Aisyah semasa sambutan Aidilfitri 2019.





 

Sunday, May 28, 2017

AISYAH MENINGKAT REMAJA

Sudah remaja anak gadis kecilku ini. Namun Aisyah masih keanak-anakan. Merengek mahukan sesuatu, menangis tatkala kelaparan.
Di rumah

Dalam troly pasar raya TF Jerantut (penat nak jalan-jalan)

Makan kenduri di Dewan Majlis Jerantut

Di Pusat Sukan, depan Institut Pediatrik HKL

Lepak di Grand Riverview Kota Bahru

Bersama anak saudara Nur Aileen Raissa 
Sekarang, Aisyah sudah ada dua orang anak saudara, selain Aileen anak Abang Udin ada seorang lagi Nur Musfirah anak Angah.

Jadi sekarang ni Aisyah bukan kecil lagi, sudah ada anak saudara.

Sunday, August 7, 2016

SUDAH BULAN KE-8

Sudah masuk bulan ke-8 Aisyah di PDK Jengka 21.

Ada ketikanya dia sangat bersemangat untuk ke kelasnya, ada ketikanya pula dia melawan dan tidak mahu menjijakkan kakinya di kaki lima sekalipun.

Sudah 15 tahun usia Aisyah, dan minggu lepas satu keputusan di buat oleh doktor pakar, "Aisyah boleh sembuh jika dibedah dan pisahkan otaknya."

Abah diam saya.... ramai yang bertanyakan risiko....

Tapi berbekalkan ubat baru menggantikan Epillin yang diambil sebelum ini, kelihatan perubahan ketara. Aisyah tidak diserang sawan. ...

Kita tunggu kesan ubat yang baru beberapa hari, dan lihat riaksi doktor pada perjumpaan berikutnya Oktober ini....

Aisyah anak abah.

Tuesday, April 26, 2016

BULAN KE-4 DI PDK

Sejak mula menjejakkan kaki hingga kini, Aisyah masih seperti tatkala mengikuti Kelas Pendidikan Khas di SK Bandar Pusat dahulu akan melenangkan air matanya apabila ditinggalkan oleh abah.

Masih belum banyak perubahan dipamerkan. Aisyah masih Aisyah yang dulu. Aisyah anak abah.

Sunday, January 17, 2016

PDK JENGKA 21

Lama juga laman ini tidak dijenguk, untuk pengetahuan semua, 25 Disember 2015 yang lalu Aisyah telah meraikan sambutan hari lahirnya yang ke-14.

Maka bermulalah era baru buat aisyak kerana had umur di sekolah rendah hanya 12 + 2 bagi kanak-kanak istimewa sepertinya. Berdasarkan permohonan asal Aisyah telah ditempatkan di Kelas Pendidikan Khas SMK Jengka Pusat, namun abah risau dan resah kerana Aisyah masih belum boleh mengurus diri dengan sempurna.

Jadi abah telah mengambil keputusan untuk menghantar Aisyah ke PDK Jengka 21, lagipun abah telah berjaya bertukar ke SK LKTP Jengka 21. PDK tu sangat hampir dengan sekolah abah bertugas.

Sudah 2 minggu Aisyah ke PDK, abah lihat keselesaan dan keserasian Aisyah dengan pendekatan PDK (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti). Abah doakan Aisyah akan memperolehi kepuasan, keberkatan, keyakinan, kejayaan menerusi PDK.



Thursday, August 14, 2014

What is Rett Syndrome?





Pemeriksaan doktor pakar pada 14 Ogos 2014, memungkinkan Aisyah mengidap Sindrom Rett seperti dalam vidieo. Ujian darah untuk pengesahan akan dilakukan kemudian.

Thursday, July 10, 2014

Ramadan

Aisyah sebagaimana kami sekeluarga turut bangun sahur. Bersahur bagaikan satu kemestian bagi Aisyah. Namun sebelum pergi ke sekolah, kami menghidangkan susu atau milo dengan beberapa keping roti atau bubur oat.

Aisyah ke sekolah bersama abah seperti kanak-kanak lain, tiada makan waktu rehat kerana kantin sekolah ditutup. Ada juga rakan-rakan Aisyah yang bawa bekal ke sekolah. Tapi abah tak bawa bekal untuk Aisyah. Abah tahu Aisyah dah besar dan mampu bersabar. Lagipun Aisyah tak pernah nak minta makan atau minum semasa di sekolah.

Apabila tiba di rumah sewaktu pulang dari sekolah, biasanya Aisyah akan dihidang dengan makan tengah hari. Aisyah tentu tidak tahu apa itu puasa. Mengapa wajib berpuasa? Kamipun tidak tahu apakah kehendak Aisyah sepanjang Ramadan ini.

Walau apapun, ada kalanya Aisyah tidak makan dan minum sehingga lewat petang. Apabila tiba waktu berbuka, Aisyah tak mahu ketinggalan untuk sama-sama berbuka. Bagi kami sekeluarga, Aisyah telah berpuasa semampunya walaupun cuma seketika.

Selamat Berpuasa.