ANAK ABAH

ANAK ABAH
HYPOTONIA, RETT SYNDROME, SAWAN

Sunday, August 7, 2016

SUDAH BULAN KE-8

Sudah masuk bulan ke-8 Aisyah di PDK Jengka 21.

Ada ketikanya dia sangat bersemangat untuk ke kelasnya, ada ketikanya pula dia melawan dan tidak mahu menjijakkan kakinya di kaki lima sekalipun.

Sudah 15 tahun usia Aisyah, dan minggu lepas satu keputusan di buat oleh doktor pakar, "Aisyah boleh sembuh jika dibedah dan pisahkan otaknya."

Abah diam saya.... ramai yang bertanyakan risiko....

Tapi berbekalkan ubat baru menggantikan Epillin yang diambil sebelum ini, kelihatan perubahan ketara. Aisyah tidak diserang sawan. ...

Kita tunggu kesan ubat yang baru beberapa hari, dan lihat riaksi doktor pada perjumpaan berikutnya Oktober ini....

Aisyah anak abah.

Tuesday, April 26, 2016

BULAN KE-4 DI PDK

Sejak mula menjejakkan kaki hingga kini, Aisyah masih seperti tatkala mengikuti Kelas Pendidikan Khas di SK Bandar Pusat dahulu akan melenangkan air matanya apabila ditinggalkan oleh abah.

Masih belum banyak perubahan dipamerkan. Aisyah masih Aisyah yang dulu. Aisyah anak abah.

Sunday, January 17, 2016

PDK JENGKA 21

Lama juga laman ini tidak dijenguk, untuk pengetahuan semua, 25 Disember 2015 yang lalu Aisyah telah meraikan sambutan hari lahirnya yang ke-14.

Maka bermulalah era baru buat aisyak kerana had umur di sekolah rendah hanya 12 + 2 bagi kanak-kanak istimewa sepertinya. Berdasarkan permohonan asal Aisyah telah ditempatkan di Kelas Pendidikan Khas SMK Jengka Pusat, namun abah risau dan resah kerana Aisyah masih belum boleh mengurus diri dengan sempurna.

Jadi abah telah mengambil keputusan untuk menghantar Aisyah ke PDK Jengka 21, lagipun abah telah berjaya bertukar ke SK LKTP Jengka 21. PDK tu sangat hampir dengan sekolah abah bertugas.

Sudah 2 minggu Aisyah ke PDK, abah lihat keselesaan dan keserasian Aisyah dengan pendekatan PDK (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti). Abah doakan Aisyah akan memperolehi kepuasan, keberkatan, keyakinan, kejayaan menerusi PDK.