ANAK ABAH

ANAK ABAH
HYPOTONIA, RETT SYNDROME, SAWAN

Saturday, November 17, 2012

Gigiku rosak


Ketika gambar ini diambil sebahagian besar gigi Aisyah masih dalam keadaan baik, tetapi kini banyak yang rosak.

Sebenarnya Aisyah sehingga kini masih memperlihatkan perwatakan kanak-kanak 1 hingga 3 tahun. Ini membuatkan giginya tidak dapat dijaga dengan rapi, apatah lagi apabila memakan daging atau ayam yang menyebabkan sisa makanan tersimpan di dalam mulutnya. Aisyah sebenarnya hanya menghisap manisan makan tersebut tanpa menelannya. Kemudian kamilah yang cuba mengeluarkannya.

Beberapa bulan yang lalu, kami membawa Aisyah seperti ibu bapa lain untuk mendapatkan rawatan gigi tetapi disebabkan status OKU  Aisyah telah dirujuk dengan Pakar Pergigian (ENT) HoSHAH dan bersetuju merawat gigi-gigi Aisyah tetapi dengan syarat mendapat persetujuan Pakar Bius. Ujian gelombang otak EEG membuktikan Aisyah ada sawan maka berdasarkan kes-kes terdahulu mereka tidak menyarankan rawatan tersebut dilaksanakan buat masa ini.

Jadi... Aisyah mungkin akan gongak tidak berapa lama lagi...

Aisyah Anak Abah

Monday, November 12, 2012

BELAJAR BERJALAN


SEMASA DI HOSHAS TEMERLOH


BELAJAR BERJALAN



Thursday, November 8, 2012

AISYAH KERAP KE HOSPITAL

Dilahirkan di hospital (Hospital Kulim), sejak itu Aisyah adalah tetamu tetap hospital. Disebabkan kami tinggal di Jengka, Pahang, maka Aisyah dirujuk di Hospital Mentakab, kini ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh yang ada ketikanya dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan.

Menunggu giliran di Hospital Temerloh 

Diagnos Pendengaran

Belajar berjalan di Hospital Temerloh (2 minggu sekali)

Add caption

Hari Pertama (Hospital Kulim)

Boleh dikatakan, selain rumah dan sekolah, maka kalau nak cari Aisyah biasanya di hospitallah.

Monday, October 1, 2012

7 TAHUN BARU BERJALAN

Aisyah kerap ke Hospital Mentakab sejak berusia 1 bulan. Di samping menerima nasihat doktor pakar, Aisyah menerima terapi daripada beberapa jurulatih anggota yang sangat dedikasi dengan tugas masing-masing.

Daripada terbaring lebih setahun, Aisyah mula pandai mengereng, meniarap, merangkak dalam jangka masa yang melebihi anak-anak normal. Pada usia 5 tahun Aisyah mula berjalan menggunakan alat bantu.

Alhamdulillah, sebulan selepas melangkah ke alam persekolahan di Kelas Pendidikan Khas SK Bandar Pusat, Jengka, Aisyah mula melangkah tanpa alat bantu. Kami sekeluarga bersyukur dengan anugerah Allah yang istimewa ini kepada anakku Nur 'Aisyah Zahraa.

Friday, September 21, 2012

1oz 3jam

Pada hari kedua di Hospital Kulim, Aisyah telah dimasukkan ke wad kanak-kanak untuk pemeriksaan lanjut.Kelihatan Aisyah disuapkan 1oz susu yang hanya dapat dihabiskan dalam tempoh 3 jam.

Saya sangat kagum dengan semangat jururawat yang menjaga Aisyah. Hasil perbincangan dengan doktor pakar, Aisyah telah ditahan seminggu di wad berikutan untuk memastikan antibiotik yang diberi dapat dikesan akan hasil tindaknya.

Namun, Aisyah tidak seperti bayi-bayi yang lain, Aisyah telah disahkan sebagai pesakit hipotonea.

Tuesday, September 18, 2012

KELAHIRAN AISYAH

Aisyah dilahirkan Hospital Kulim, Kedah pada 27 November 2001. Kelahiran Aisyah disambut dengan kegembiraan, maklumlah beza umur dengan abangnya lebih 8 tahun. Aisyah sungguh comel dan manja.

Namun, setelah beberapa jam dilahirkan, Aisyah terus diam, diam, dan diam....

Aisyah tidak menangis seperti bayi-bayi lain yang sering merengek kehausan susu di ruangan wad hospital itu. Maka bermulalah rentetan liku-liku hidup Nur 'Aisyah Zahraa sebagai seorang pengidap Hipotonea.

Namaku Aisyah

Namaku Nur 'Aisyah Zahraa binti Zahid

Bermula dari detik ini, abah (Cikgu Zahid) akan mula mencatat liku-liku hidupku 
sebagai seorang anak istimewa.